Kalsium Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran Ibu Hamil
APABILA bercakap tentang kepentingan kalsium, ramai daripada kita sering terbayangkan bahawa suplemen itu hanya khusus untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi warga tua pula, ia dianggap perlu bagi mengelakkan pereputan tulang. Manakala bagi orang muda atau mereka yang berada di usia pertengahan menganggap pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka adalah bukan suatu keperluan.
Kalsium bukan saja diperlukan oleh golongan dewasa yang aktif, malah sedarkah anda bahawa kalsium merupakan zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Setiap kali berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan seringkali dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Dr.Delilah menjelaskan, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari adalah perlu bagi seseorang ibu itu bagi memenuhi keperluan kalsium mereka. Boleh dikatakanbila ditanya, ramai ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu. Ini adalah kerana pertama, sama ada tidak meminatinya kerana rasanya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa (alahan kepada susu).
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” kata Dr. Delilah.
Kalsium dari diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk:
- pembekuan darah
- menstabilkan transmisi impuls saraf
- untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Dr.Delilah.
![]() |
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.
|
Keadaan itu dikatakan cenderung untuk berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, Kalsium yang sedia ada didalam tubuh ibu akan diserap oleh bayi sepanjang proses pembesarannya semasa dalam kandungan terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara yang berlaku pada ibu hamil, mereka akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di hujung tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi semasa kehamilan boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium bagi ibu hamil
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar 3 hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 hingga 3 peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.
Sebenarnya, ibu-ibu perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama khususnya bagi ibu yang menyusukan bayi. Kalsium diperlukan sepanjang proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kakI. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, bagi ibu-ibu yang merancang kehamilan, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Sumber: KOSMO | NIZHA PERIASWAMY
Bagi anda atau ibu-ibu hamil yang tidak dapat mengambil kalsium dalam bentuk susu segar atau ingin mengambilnya sebagai pelengkap diet anda, saya sarankan pengambilan kalsium Ostematrix dari Shaklee. Sebiji tablet kalsium Ostematrix bersamaan dengan 250mg kalsium atau segelas susu tinggi kalsium. Dengan mengambil 4 biji tablet kalsium Ostematrix dapat membantu meningkatkan kesihatan anda ke tahap yang optimum.
Ingin mendapatkan maklumat lanjut, konsultasi atau tempahan boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh melalui:
Call/sms : 019-4008215
Whatsapp: 011-2410 2414
PM di fb @ nik salwani nik mahmud
No comments:
Post a Comment