Wednesday 29 May 2013

Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.




Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


Peppermint Ginger Plus sangat membantu mereka yang mempunyai masalah ketidakselesaan perut seperti pedih hulu hati, gastrik, loya, mabuk laut, masalah penghadaman & cirit birit. Ia juga boleh menjadi alternatif kepada ibu-ibu dalam pantang untuk membuang angin dalam badan. Rasanya yang berangin dan nyaman bukan sahaja mendatangkan kelegaan pada perut malah membantu fikiran untuk lebih fokus.

Peppermint Gingerplus mengandungi ekstrak bahan2 herba iaitu pudina, halia, anise dan fennel (jintan).

Khasiat/Kandungan:

Pudina
  • Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit. 
  • Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
  • Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu menenangkan fikiran.

Halia

  • Masyarakat China telah menggunakan halia sejak lebih 2000 tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual ketika mengandung juga ketika dalam pantang.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi alternatif bagi merawat mabuk laut.

Adas (fennel)

  • Kaya dengan fitoestrogen, Adas sering digunakan untuk sakit perut, angin, usus, buah pinggang, limpa, hati, paru-paru, selera makan, pembesaran payudara, menggalakkan haid, memperbaiki sistem pencernaan, aliran susu dan meningkatkan aliran air kencing.
  • Adas juga sering digunakan untuk merawat amenhorrea, angin, asma, keresahan, kemurungan, pedih ulu hati, pengekalan air, tekanan darah rendah, meningkatkan libido, kesesakan pernafasan, batuk dan telah ditunjukkan untuk tekanan darah tinggi dan meningkatkan keinginan seksual.
  • Adas telah lama digunakan sebagai ubat untuk kembung dan senak dalam ubat-ubatan tradisional.
  • Biji Adas direbus atau ditambah sebagai rempah dalam makanan telah didapati meningkatkan rembesan susu dalam penyusuan susu ibu. 
  • Air Adas digunakan dalam bayi yang baru lahir untuk melegakan sakit perut dan membantu pencernaan bantuan. 
  • Minyak biji Adas digunakan untuk melegakan batuk, bronkitis dan sebagai minyak urut untuk menyembuhkan sakit sendi.
Anise
  • Biji Anise mengandungi lendir yang menakjubkan yang dapat melegakan batuk dan sakit tekak. Membantu menangani masalah batuk berulang disebabkan oleh alahan, asma, bronkitis, atau detoksifikasi merokok. Sangat berkesan, lembut, dan baik untuk rawatan sakit tekak.
  • Masalah Penghadaman, Gas, kekejangan perut, asid perut, dan loya
  • Membantu menenangkan dan melegakan sakit perut dan sistem penghadaman. Ramai orang mendapati bahawa secawan teh herba yang diperbuat daripada benih anise melegakan gas dan kekejangan (menggenggam), dan boleh membuat pencernaan mudah apabila makan berlebihan atau makanan berat yang menekan sistem pencernaan anda.
  • Bersama halia, anise merupakan herba yang sangat baik untuk merawat masalah loya yang besar. 
  • Menyegarkan dan menyucikan nafas. 
  • Meninggalkan aroma yang bersih, astringen berbau, dan harum tanpa aroma 'palsu' atau terlampau ditinggalkan oleh pelbagai jenis gula-gula pudina atau gusi.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk mendapatkan Peppermint-Ginger Plus boleh hubungi saya di:

Call/sms: 019-4008215 (Sal)
PM fb @ www.facebook.com/niksalwani.nikmahmud
LIKE Page Vitamin Favourite


Thursday 23 May 2013

Kenali Sindrom Williams


SINDROM WILLIAMS adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa.
Sebaliknya ia berlaku apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang.

Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung.
“Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh.
Kanak-kanak ini kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Sikap ramah mereka kadangkala menimbulkan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa.
Namun di sebalik keceriaan itu, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit.
Malah, ada dalam kalangan mereka berhadapan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut.
Dengan memiliki wajah yang unik, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak Sindrom Williams (SW) yang jarang diketahui masyarakat Malaysia.
Merupakan Salah Satu Penyakit Jarang Jumpa


Berbeza dengan Sindrom Down yang kerap berlaku dengan kadar nisbah 1:670 pada setiap kelahiran, SW pula sebaliknya. SW juga tergolong dalam satu daripada ribuan Penyakit Jarang Jumpa (PJJ).
Sukar dikesan
Di Amerika Syarikat misalnya, nisbah kelahiran bayi yang menghidap penyakit SW ialah 1:20,000 atau 30,000.
Menurut Ketua Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Thong Meow Keong, bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung.
“Sukar untuk mengesan SW kerana terdapat kombinasi ciri yang pelbagai dan tidak ada ciri khusus yang mengesahkan seseorang bayi atau kanak-kanak itu menghidap SW,” katanya.
Nama SW diambil sempena nama seorang doktor, J. Williams, iaitu doktor pertama yang mengenal pasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang dirawat sekitar 1965.
Melalui jurnalnya, Williams menyatakan kombinasi ciri-ciri penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.
Otak
“Sukar untuk mengesan SW pada peringkat awal kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang lebih tepat seperti mana yang mudah kita kenali pada kanak-kanak Sindrom Down,” kata Meow Keong.
Setiap tahun dianggarkan 500,000 kelahiran di seluruh dunia dan kira-kira 20,000 bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan.
Di Malaysia dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang sebahagiannya ialah PJJ.
Meow Keong berkata pesakit SW jika tidak diagnosis lebih awal boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi terutama membabitkan jantung.
“Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, SW boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung.
“Kemudian, pesakit akan terus dirujuk kepada doktor kardiologi untuk menjalankan pembedahan jantung ataupun injap yang sempit bagi menyelamatkan bayi atau kanak-kanak Sindrom Williams,” katanya.
Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak SW juga agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Ini menyebabkan perkembangan dan pembelajaran mereka menghadapi sedikit masalah.
“Ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu merujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi.
“Dengan rawatan awal juga anak-anak ini boleh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketinggalan berbanding rakan-rakan sebaya yang normal,” katanya.
Bagaimanapun di sebalik kekurangan itu, kebanyakan pesakit SW mempunyai keunikannya tersendiri di mana mereka adalah seorang yang sangat peramah serta mudah ketawa.
Dikenali dengan wajah ceria "happy face", kajian menunjukkan pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal.
“Walaupun peramah, pertuturan mereka sukar difahami. Namun, memori pendengaran mereka sangat tinggi dan ini menyebabkan kebanyakan mereka sangat menyukai muzik.
“Malah, ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik,” katanya.
Sumber: BERNAMA

Thursday 2 May 2013

Khasiat Kurma Bagi Ibu Semasa Hamil dan Selepas Bersalin


Kurma kaya dengan berbagai khasiat. Ia sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh dan merupakan makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w. Menjelang Ramadhan, buah ini sudah tentu menjadi pilihan utama kepada umat-umat Islam yang berpuasa. Kurma dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Phonex dactylifera berasal dari keluarga Arecaceae dari genusphoenix.Terdapat berbagai jenis kurma yang boleh didapati di seluruh dunia. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang mempunyai berpuluh-puluh jenis. Rasanya manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak.
Vitamin Favourite

Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”
Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Kandungan Hormon Yang  Menguatkan Ibu Mengandung:
Zat Besi dan Kalsium
Bermanfaat untuk produksi hemoglobin dan sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari kekurangan sel darah merah atau anemia. Jika kebutuhan akan zat besi ini terpenuhi, maka peredaran darah akan lancar dan sari-sari makanan akan beredar dengan lancar. Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma juga membantu menguatkan tulang si ibu dan membantu pertumbuhan tulang,gigi serta mengaktifkan sel-sel otak janin. Kita sering kali disodori vitamin penguat tulang atau suplemen tambahan untuk kalsium oleh doktor atau bidan. Namun, kandungan kalsium dalam sari buah kurma ternyata dapat mencukupinya.
 Hormon Potuchin
Hormon ini berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan pasca melahirkan, ia  juga akan membantu memacu kontraksi di pembuluh darah vena yang ada di sekitar payudara ibu, sehingga memacu kelenjar air susu untuk menghasilkan air susu ibu.
Hormon Oksitosin
Hormon ini dihasilkan neurohipofisa, bekerja untuk merangsang kontraksi otot polos dinding rahim selama coitus dan melahirkan. Ini akan sangat membantu kelancaran proses kelahiran. Hormon oksitosin akan menyatu dengan reseptornya memulai kontraksi otot yang teratur secara bertahap, sehingga menyebabkan perluasan leher rahim yang dari situlah terjadi proses kelahiran.
Setelah persalinan, hormon oksitosin juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim dan meningkatkan kotraksi otot – ototnya yang terajut satu sama lain seperti jaring. Serat otot – otot yang terajut tersebut berkontraksi sedemikian sehingga menyempitkan celah – celah rajutan tersebut efeknya pendarahan segera terhenti secara bertahap.
Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi
Kandungan ini pada sari buah kurma merupakan yang paling besar dibandingkan buah-buahan lain. Fiber memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan. Ia mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus dan membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Semasa bayi dilahirkan,kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
Antara khasiat lain kurma:
·         Tamr (kurma kering) berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandung serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus.
·         Buah kurma yang direbus dapat memperlancar saluran kencing.
·         Buah kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat ruqyah dan mencegah dari ganguan jin.
·         Kurma sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ada hal yang sudah ditetapkan dalam bidang kedokteran bahwa gula dan air merupakan zat yang pertama kali dibutuhkan orang berpuasa setelah melalui masa menahan makan dan minum.
·         Buah kurma kaya dengan zat garam mineral yang menetralisasi asam, seperti Kalsium dan Potasium. Buah kurma adalah makanan terbaik untuk menetralisasi zat asam yang ada pada perut karena meninggalkan sisa yang mampu menetralisasi asam setelah dikunyah dan dicerna yang timbul akibat mengkonsumsi protein seperti ikan dan telur.
·         Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
·         Buah kurma mengandung vitamin A yang baik dimana ia dapat memelihara kelembaban dan kejelian mata, menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesehatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.
·         Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
·         Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
·         Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
“Rumah yang tidak terdapat kurma melaparkan penghuninya.” (HR Ibnu Majah)
“Sesungguhnya pada kurma Aliyah terdapat penawar penyakit.” (HR Muslim dan Ahmad)
 Sumber: myibrah.com