Tuesday 26 March 2013

Kalsium Ostematrix Melegakan Simptom Awal Sakit Sendi

Lelaki, wanita, induvidu bekerjaya, surirumah, warga tua, wanita hamil, wanita menyusu, wanita selepas bersalin, ahli sukan dan sesiapa saja yang mengalami masalah awal/minor sendi boleh dapatkan dan cuba Ostematrix (kalsium) Shaklee..

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium diperlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi… Kebanyakan orang, manegambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup dalam magnesium."
(Burton Goldberg Group, Alternative Medicine: The Definitive Guide, Future Medicine Publishing, Inc. WA, p. 533)


  • Kalsium 1000mg : Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
  • Magnisium 400mg :Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
  • Vitamin D 400IU : Merangsangkan penyerapan kalsium
  • Boron : Bantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, tembaga & zink : Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Ingin mendapatkan maklumat lanjut, konsultasi  atau tempahan boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh melalui:

Call/sms   : 019-4008215
Whatsapp: 011-2410 2414
PM di fb @ nik salwani nik mahmud

Friday 22 March 2013

Andropos | Kesuburan Lelaki Merosot Bermula Usia 40an

Seringkali kita mendengar hanya wanita dikaitkan dengan ketidakstabilan atau kemerosotan tahap hormon kewanitaan mereka apabila mula mencecah umur 40an. Mereka juga sering dibayangi dengan simptom menopaus apabila menghampiri penghujung 40an. 

Bagaimana dengan lelaki? Rasanya jarang-jarang sekali malah bagi kebanyakkan orang "menopos" bagi lelaki tidak wujud. Lelaki biasanya merasakan diri mereka tidak menghadapi masalah atau krisis ketidakstabilan homon seperti wanita.

Tapi pernahkah anda mendengar tentang "andropos". Lelaki mungkin tak suka mendengar tentang ini. Tetapi hakikatnya mereka juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah kemerosotan hormon lelaki iaitu andropos bermula 40an.




Apakah itu Andropos?


Andropaus juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dikalangan lelaki berusia). 
Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
  • Ia berlaku secara perlahan-lahan.
  • Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopos dan penurunan hormone testosterone (hormone estrogen dalam wanita)

Apakah itu hormone testosterone?
  • Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  • Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Berapa kerapkah andropaus berlaku? 


Andropaus agak kerap berlaku. Kejadian dikalangan lelaki dianggarkan:
  • 2%-5% semasa berumur 40 - 49
  • 6% - 30% semasa berumur 50 - 59
  • 20% - 45% asemasa berumur 60 - 69
  • 34% - 70% asemasa berumur 70 - 79
  • 91% bila berumur 80 ke atas


Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
  • Masalah ketegangan zakar
  • Nafsu seks rendah.
  • Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
  • Masalah tidur
  • Bulu-bulu tubuh berkurang
  • Saiz dan kekuatan otot berkurang
  • Peningkatan lemak tubuh
  • Hilang daya ingatan
  • Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  • Daya tumpuan yang lemah
  • anemia
  • diabetes 
  • sakit jantung
  • peningkatan tahap kolesterol
  • hipertensi ringan.
Testosteron akan berkurangan sebanyak 1%setiap tahun selepas lelaki mencecah usia 40tahun", jelas Datuk Dr. Tan Hui Meng (Pakar Runding Urologi).

"Lelaki yang kekurangan nafsu seks, kekurangan tenaga, masalah tumpuan, lemak badan berlebihan dan jisim otot serta tulang yang merosot mungkin disebabkan keadaan perubatan yang dinamakan sindrom kekurangan testeron.

Disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk juaga disebabkan oleh kekurangan testeron, malah 20% daripada lelaki yang menghidap Ed mempunyai masalah ini," kata Datuk Dr. Tan lagi.



Menurut Dr. Tan lagi, kekurangan testosteron juga kerap berlaku dikalangan para penghidap diabetes melitus tahap II. Berdasarkan kajian komuniti, kira-kira 18.5% daripada lelaki Malaysia disahkan mengalami masalah ini tetapi angka sebenar mungkin pada tahap yang lebih tinggi.

"Malangnya lelaki tak mendapatkan rawatan untuk menangani masalah kemerosotan hormon testosteron kerana mereka tidak sedar kesan buruk yang dibawa oleh masalah ini.

"Di Malaysia, kesedaran berkaitan situasi ini masih lagi pada tahap yang rendah dan oleh itu ia tidak dapat  didianogsis dan diberikan rawatan yang sepatutnya", terangnya lagi.

Dr. Tan menambah, memandangkan kemerosotan kadar testosteron adalah sebahagian daripada proses penuaan, masalah ini perlu ditangani sekiranya disusuli oleh gejala-gejala seperti kemerosotan fungsi seks, ganguan mood dan penurunan tahap tenaga keseluruhan.




Masalah berulang seperti itu boleh menyebabkan rendah harga diri seorang lelaki, menjadikan hubungan dengan pasangan tegang, menggangu kerjaya dan juga menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Manafaat Vitamin E, Selenium dan Zink Bantu Meningkatkan Tahap Testosteron 

Vitamin E dan Kesuburan:
  • Vitamin E merupakan asas kepada kesuburan dan sistem reproduktif. Sifat antioksidanya memainkan peranan penting dalam pembentukkan sperma lelaki. 
  • Kekurangan pengambilan vitamin E oleh lelaki dikatakan akan mengundang pengurangan tahap hormon seks lelaki (testosteron) dan enzim yang bertanggungjawab dalam pengeluaran sperma. 
  • Oleh itu pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E sebanyak 400 IU sehari dapat membantu meningkatkan motiliti sperma.
Selenium dan kesuburan:
  • Selenium bertindak sebagai antioksida bagi membantu memelihara sel sperma dengan cara meningkatkan integriti sel sperma
  • Dos yang dibenarkan pengambilannya setiap hari ialah sebanyak  70 micrograms (RDA)
Zink dan kesuburan:
  • Zink terlibat dalam mengaktifkan kunci enzim sperma, dan bergerak ke prostate dengan bantuan hormon testosteron. 
  • Kekurangan zink akan menyebabkan penurunan testosteron, saiz testis mengecut dan terbentuknya bentuk sperma yang abnormal dan kurang sihat.
  • Dengan pengambilan dos sebanyak 15 milligram setiap hari, testosteron dan bilangan sperma akan meningkat  ke tahap yang boleh diterima dalam masa 12 bulan. 
Ingin mendapatkan maklumat lanjut, konsultasi  atau tempahan boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh melalui:

Call/sms   : 019-4008215
Whatsapp: 011-2410 2414
PM di fb @ nik salwani nik mahmud




Wednesday 20 March 2013

Kepentingan Kalsium Bagi Ibu Hamil

Kalsium Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran Ibu Hamil

APABILA bercakap tentang kepentingan kalsium, ramai daripada kita sering terbayangkan bahawa suplemen itu hanya khusus untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi warga tua pula, ia dianggap perlu bagi mengelakkan pereputan tulang. Manakala bagi orang muda atau mereka yang berada di usia pertengahan  menganggap pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka adalah bukan suatu keperluan.

Kalsium bukan saja diperlukan oleh golongan dewasa yang aktif, malah sedarkah anda bahawa kalsium merupakan zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Setiap kali berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan seringkali dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Dr.Delilah menjelaskan, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.




Mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari adalah perlu bagi seseorang ibu itu bagi memenuhi keperluan kalsium mereka. Boleh dikatakanbila ditanya, ramai ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu. Ini adalah kerana pertama, sama ada tidak meminatinya kerana rasanya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa (alahan kepada susu).
Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” kata Dr. Delilah.

Kalsium dari diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk:
  • pembekuan darah
  • menstabilkan transmisi impuls saraf 
  • untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Dr.Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan cenderung untuk berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, Kalsium yang sedia ada didalam tubuh ibu akan diserap oleh bayi sepanjang proses pembesarannya semasa dalam kandungan terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara yang berlaku pada ibu hamil, mereka akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di hujung tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi semasa kehamilan boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium bagi ibu hamil

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar 3 hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 hingga 3 peratus.
Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama khususnya bagi ibu yang menyusukan bayi. Kalsium diperlukan sepanjang proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kakI. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, bagi ibu-ibu yang merancang kehamilan, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Sumber: KOSMO | NIZHA PERIASWAMY


Bagi anda atau ibu-ibu hamil yang tidak dapat mengambil kalsium dalam bentuk susu segar atau ingin mengambilnya sebagai pelengkap diet anda, saya sarankan pengambilan kalsium Ostematrix dari Shaklee. Sebiji tablet kalsium Ostematrix bersamaan dengan 250mg kalsium atau segelas susu tinggi kalsium. Dengan mengambil 4 biji tablet kalsium Ostematrix dapat membantu meningkatkan kesihatan anda ke tahap yang optimum.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut, konsultasi  atau tempahan boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh melalui:

Call/sms   : 019-4008215
Whatsapp: 011-2410 2414
PM di fb @ nik salwani nik mahmud



Monday 11 March 2013

KELEBIHAN KHASIAT ESP plus MADU KELULUT

Campuran ESP & Madu Kelulut:
3 sdb ESP
1 sdb madu kelulut
300ml air sejuk
Campur semua dlm shaker kemudian shake!!
Hasilnya memang besT!!!!!

KHasiat Madu Kelulut :
Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi, meningkatkan metabolisma badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Khasiat ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN):
  • AWET MUDA – asid amino penting membantu membina otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain.
  • BAIK UNTUK HORMON – ESP kaya dengan ISOFLAVONES, yang fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, sakit jantung & osteoporesis.
  • PEMBEKAL TENAGA – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun baik untuk mereka yang baru pulih dari sakit.
  • MENCEGAH MIGRAIN, INSOMNIA & TEKANAN
  • MEMBANTU MEMEJALKAN PAYUDARA DAN OTOT-OTOT BADAN.
  • MEMBAIKI MEMORI – Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mengatasi masalah simptom MENOPOUS. 
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
SIAPA YANG MEMERLUKAN ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE NI?
IBU MENYUSU & MENGANDUNG
Ingin menurunkan berat badan
Orang yang ingin kekal sihat
Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
Kanak-kanak bersekolah
Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
Ahli sukan dan bina badan
Soy Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat



BERMINAT untuk mendapatkan dan harga pengenalan ESP hubungi saya Pengedar Shaklee di Ipoh:
PM FB @ Nik Salwani Nik Mahmud
Call/sms: 0194008215
Whatsapp: 011-24102414

Friday 8 March 2013

Nursing Cover NC | Alat Bantu untuk Ibu Menyusu

NC atau Nursing Cover sebagai salah satu alat bantu ibu menyusu masa kini!! Ibu2 yg ingin bf patut ada satu.. bf2 jugak aurat perlu di jaga juga. Carilah yg sesuai dgn saiz badan ibu. Ya lah, kekadang kita bukanya perasan kalau2 ada mata yg memandang. Sebab di Malaysia ni BF di khalayak ramai ni satu yg pelik dan janggal bg mereka.. so ibu2, mari kita sama2 jadi ibu Bf yang modern dan stylo!! ;-)


Apakah persediaan yang perlu saya buat bagi memulakan "Pemerahan Susu" ?

1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi:
  • Bersedia dengan ilmu pengetahuan. Baca sebanyak mungkin buku-buku atau maklumat-maklumat berkenaan penyusuan susu ibu bagi menambahkan ilmu "penyusuan susu ibu".
  • Baca/lawati blog-blog mereka yang berkongsi kejayaan pengalaman "penyusuan susu ibu".
  • dapatkan sokongan dari suami, ibu, ibu mertua dan juga keluarga terdekat (orang tersayang)
  • berbincang atau berceritalah pada suami, ibu/ibu mertua tentang keinginan anda dan kebaikkan "penyusuan susu ibu' pada kedua-dua bayi anda dan anda
  • Perlu yakin dan buat dengan penuh keazaman serta tekad
  • Kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan (elakkan punca stress: pengambilan vitamin B Complex dapat membantu)
  • Perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi. Bayangkan kebaikkan yang bayi anda akan dapat dari susu ibu dan fikirkan betapa ruginya bayi anda sekiranya diberikan susu formula.




2. Ibu perlu bersedia secara praktikal:

  • Bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi anda
  • memasang muzik yang indah dan menenangkan (cth muzik instrumental, atau muzik2 yg biasa di pasang dekat spa2)
  • sediakan tempat duduk khas yang selesa untuk masa2 penyusuan/memerah susu ibu
  • kalau anda menggunakan pam elektrik untuk tujuan memerah, pastikan terdapat meja kecil 
  • disebelah anda bagi tujuan meletakkan pam serta berdekatan dengan plug elektrik. Anda juga boleh meletakkan gambar bayi anda diatas meja tersebut.
  • Cuci tangan dengan bersih.Sediakan semua peralatan yang akan digunakan dalam sesi pemerahan. Pastikan semuanya dalam keadaan bersih.Minum-minuman suam yang melegakan (elakkan minum kopi/teh)
  • Tuam atau/dan urut payudara terutama bagi mereka yang ingin memerah buat kali pertama.                             (Tips: boleh gunakan botol penyimpanan susu untuk menuam dengan mengisi air panas (tidak terlalu panas) lalu digelek2 di atas payudara mengikut arah seperti di dalam gambar rajah dibawah.

  • Ransang puting susu anda 
  • Dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit. 


  • Bagi ibu-ibu yang buat pertama kali melakukan proses memerah, anda mungkin akan dapati hasil susu perahan yang anda dapat terlalu sedikit. Jangan risau dan kecewa, itu perkara biasa yang ibu-ibu akan alami buat pertama kali. Keep Pumping!! Sekurang2nya setiap 3 jam sekali  3~4 kali sehari (3 kali waktu siang dan sekali waktu malam).
  • Waktu yang paling sesuai untuk mengepam/memerah adalah di antara pukul 12.oo tengah malam sehingga 6.oo pagi. Diwaktu ini hormon prolaktin (hormon penghasilan susu)  adalah sangat tinggi. Ibu lebih tenang dan relax waktu ini. Susu yang terkumpul lebih banyak.

  • Buatkan Jadual Latihan Memulakan  Perahan Susu Ibu.




Sunday 3 March 2013

PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PANDANGAN ISLAM


Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Maka jelaslah agama Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu :

(1) Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.

(2) Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

(3) Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

(4) Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

CREDIT:http://susu-terbaik.blogspot.com

SAINS , AL-QURAN DAN PENYUSUAN SUSU IBU


Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara alami, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya kepada seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat.

Friday 1 March 2013

KEPENTINGAN KALSIUM SERTA KESAN KEKURANGAN KALSIUM


JANGAN PANDANG REMEH DENGAN KEKURANGAN KALSIUM!!!
Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.

Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Kehamilan.
Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia bagi ibu hamil. Ibu hamil yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.
Antara tanda-tanda anda kekurangan kalsium ~>

Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa menyucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot/kram
  • Wheezing (pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:

  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan dan perubahan personaliti
  • Letih 
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakkan yang tidak terkawal
Jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung (cepat penat)
Kulit:
  • Rambut kasar
  • Kuku Rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
Lagi tanda-tanda kekurangan kalsium:
  • Sukar tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput/rapuh/ mudah alami sakit gigi
  • Paras kolesterol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
  • senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan.
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.




Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.


Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.


Info Tambahan

Asid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium.

Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.


Dapatkan OsteMatrix hari ni ... PROMOSI BULAN MAC 2013 
Buy 6 Free 1!!

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG INFO/ORDER:
SAL|call/sms:019-4008215
PM FB @nik salwani nik mahmud

KEKURANGAN DALAM DIRI ANDA YANG ANDA TIDAK SEDARI.. MENGANCAM DIRI ANDA SECARA SENYAP!!


Credit to Mommy Lyna & Oldtraffods