Friday, 8 March 2013

Apakah persediaan yang perlu saya buat bagi memulakan "Pemerahan Susu" ?

1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi:
  • Bersedia dengan ilmu pengetahuan. Baca sebanyak mungkin buku-buku atau maklumat-maklumat berkenaan penyusuan susu ibu bagi menambahkan ilmu "penyusuan susu ibu".
  • Baca/lawati blog-blog mereka yang berkongsi kejayaan pengalaman "penyusuan susu ibu".
  • dapatkan sokongan dari suami, ibu, ibu mertua dan juga keluarga terdekat (orang tersayang)
  • berbincang atau berceritalah pada suami, ibu/ibu mertua tentang keinginan anda dan kebaikkan "penyusuan susu ibu' pada kedua-dua bayi anda dan anda
  • Perlu yakin dan buat dengan penuh keazaman serta tekad
  • Kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan (elakkan punca stress: pengambilan vitamin B Complex dapat membantu)
  • Perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi. Bayangkan kebaikkan yang bayi anda akan dapat dari susu ibu dan fikirkan betapa ruginya bayi anda sekiranya diberikan susu formula.




2. Ibu perlu bersedia secara praktikal:

  • Bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi anda
  • memasang muzik yang indah dan menenangkan (cth muzik instrumental, atau muzik2 yg biasa di pasang dekat spa2)
  • sediakan tempat duduk khas yang selesa untuk masa2 penyusuan/memerah susu ibu
  • kalau anda menggunakan pam elektrik untuk tujuan memerah, pastikan terdapat meja kecil 
  • disebelah anda bagi tujuan meletakkan pam serta berdekatan dengan plug elektrik. Anda juga boleh meletakkan gambar bayi anda diatas meja tersebut.
  • Cuci tangan dengan bersih.Sediakan semua peralatan yang akan digunakan dalam sesi pemerahan. Pastikan semuanya dalam keadaan bersih.Minum-minuman suam yang melegakan (elakkan minum kopi/teh)
  • Tuam atau/dan urut payudara terutama bagi mereka yang ingin memerah buat kali pertama.                             (Tips: boleh gunakan botol penyimpanan susu untuk menuam dengan mengisi air panas (tidak terlalu panas) lalu digelek2 di atas payudara mengikut arah seperti di dalam gambar rajah dibawah.

  • Ransang puting susu anda 
  • Dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit. 


  • Bagi ibu-ibu yang buat pertama kali melakukan proses memerah, anda mungkin akan dapati hasil susu perahan yang anda dapat terlalu sedikit. Jangan risau dan kecewa, itu perkara biasa yang ibu-ibu akan alami buat pertama kali. Keep Pumping!! Sekurang2nya setiap 3 jam sekali  3~4 kali sehari (3 kali waktu siang dan sekali waktu malam).
  • Waktu yang paling sesuai untuk mengepam/memerah adalah di antara pukul 12.oo tengah malam sehingga 6.oo pagi. Diwaktu ini hormon prolaktin (hormon penghasilan susu)  adalah sangat tinggi. Ibu lebih tenang dan relax waktu ini. Susu yang terkumpul lebih banyak.

  • Buatkan Jadual Latihan Memulakan  Perahan Susu Ibu.




No comments:

Post a Comment