Friday, 22 March 2013

Andropos | Kesuburan Lelaki Merosot Bermula Usia 40an

Seringkali kita mendengar hanya wanita dikaitkan dengan ketidakstabilan atau kemerosotan tahap hormon kewanitaan mereka apabila mula mencecah umur 40an. Mereka juga sering dibayangi dengan simptom menopaus apabila menghampiri penghujung 40an. 

Bagaimana dengan lelaki? Rasanya jarang-jarang sekali malah bagi kebanyakkan orang "menopos" bagi lelaki tidak wujud. Lelaki biasanya merasakan diri mereka tidak menghadapi masalah atau krisis ketidakstabilan homon seperti wanita.

Tapi pernahkah anda mendengar tentang "andropos". Lelaki mungkin tak suka mendengar tentang ini. Tetapi hakikatnya mereka juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah kemerosotan hormon lelaki iaitu andropos bermula 40an.




Apakah itu Andropos?


Andropaus juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dikalangan lelaki berusia). 
Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
  • Ia berlaku secara perlahan-lahan.
  • Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopos dan penurunan hormone testosterone (hormone estrogen dalam wanita)

Apakah itu hormone testosterone?
  • Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  • Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Berapa kerapkah andropaus berlaku? 


Andropaus agak kerap berlaku. Kejadian dikalangan lelaki dianggarkan:
  • 2%-5% semasa berumur 40 - 49
  • 6% - 30% semasa berumur 50 - 59
  • 20% - 45% asemasa berumur 60 - 69
  • 34% - 70% asemasa berumur 70 - 79
  • 91% bila berumur 80 ke atas


Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
  • Masalah ketegangan zakar
  • Nafsu seks rendah.
  • Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
  • Masalah tidur
  • Bulu-bulu tubuh berkurang
  • Saiz dan kekuatan otot berkurang
  • Peningkatan lemak tubuh
  • Hilang daya ingatan
  • Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  • Daya tumpuan yang lemah
  • anemia
  • diabetes 
  • sakit jantung
  • peningkatan tahap kolesterol
  • hipertensi ringan.
Testosteron akan berkurangan sebanyak 1%setiap tahun selepas lelaki mencecah usia 40tahun", jelas Datuk Dr. Tan Hui Meng (Pakar Runding Urologi).

"Lelaki yang kekurangan nafsu seks, kekurangan tenaga, masalah tumpuan, lemak badan berlebihan dan jisim otot serta tulang yang merosot mungkin disebabkan keadaan perubatan yang dinamakan sindrom kekurangan testeron.

Disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk juaga disebabkan oleh kekurangan testeron, malah 20% daripada lelaki yang menghidap Ed mempunyai masalah ini," kata Datuk Dr. Tan lagi.



Menurut Dr. Tan lagi, kekurangan testosteron juga kerap berlaku dikalangan para penghidap diabetes melitus tahap II. Berdasarkan kajian komuniti, kira-kira 18.5% daripada lelaki Malaysia disahkan mengalami masalah ini tetapi angka sebenar mungkin pada tahap yang lebih tinggi.

"Malangnya lelaki tak mendapatkan rawatan untuk menangani masalah kemerosotan hormon testosteron kerana mereka tidak sedar kesan buruk yang dibawa oleh masalah ini.

"Di Malaysia, kesedaran berkaitan situasi ini masih lagi pada tahap yang rendah dan oleh itu ia tidak dapat  didianogsis dan diberikan rawatan yang sepatutnya", terangnya lagi.

Dr. Tan menambah, memandangkan kemerosotan kadar testosteron adalah sebahagian daripada proses penuaan, masalah ini perlu ditangani sekiranya disusuli oleh gejala-gejala seperti kemerosotan fungsi seks, ganguan mood dan penurunan tahap tenaga keseluruhan.




Masalah berulang seperti itu boleh menyebabkan rendah harga diri seorang lelaki, menjadikan hubungan dengan pasangan tegang, menggangu kerjaya dan juga menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Manafaat Vitamin E, Selenium dan Zink Bantu Meningkatkan Tahap Testosteron 

Vitamin E dan Kesuburan:
  • Vitamin E merupakan asas kepada kesuburan dan sistem reproduktif. Sifat antioksidanya memainkan peranan penting dalam pembentukkan sperma lelaki. 
  • Kekurangan pengambilan vitamin E oleh lelaki dikatakan akan mengundang pengurangan tahap hormon seks lelaki (testosteron) dan enzim yang bertanggungjawab dalam pengeluaran sperma. 
  • Oleh itu pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E sebanyak 400 IU sehari dapat membantu meningkatkan motiliti sperma.
Selenium dan kesuburan:
  • Selenium bertindak sebagai antioksida bagi membantu memelihara sel sperma dengan cara meningkatkan integriti sel sperma
  • Dos yang dibenarkan pengambilannya setiap hari ialah sebanyak  70 micrograms (RDA)
Zink dan kesuburan:
  • Zink terlibat dalam mengaktifkan kunci enzim sperma, dan bergerak ke prostate dengan bantuan hormon testosteron. 
  • Kekurangan zink akan menyebabkan penurunan testosteron, saiz testis mengecut dan terbentuknya bentuk sperma yang abnormal dan kurang sihat.
  • Dengan pengambilan dos sebanyak 15 milligram setiap hari, testosteron dan bilangan sperma akan meningkat  ke tahap yang boleh diterima dalam masa 12 bulan. 
Ingin mendapatkan maklumat lanjut, konsultasi  atau tempahan boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh melalui:

Call/sms   : 019-4008215
Whatsapp: 011-2410 2414
PM di fb @ nik salwani nik mahmud




No comments:

Post a Comment