Monday 27 April 2015

Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan. 


Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:

  • daging; ayam; ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
  • sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan kering.

Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar. 
Baby Center

Pendarahan Ringan atau Pendarahan Faraj Ketika Hamil

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 



Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.



Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:



Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?


  • Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
  • Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.

Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?


Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan anda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.


Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 


Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?

Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Adakah bayi saya akan selamat?

Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Cuba berfikir dengan positif. Spotting atau pendarahan ringan biasanya hanyalah satu misteri yang tidak membahayakan yang boleh anda lupakan sahaja.

Ref:Baby Center

Saturday 25 April 2015

Panduan Diet Pemakanan Sihat Kanak-kanak

Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Jenis-jenis Makanan Utama




Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.


Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.

Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).


Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak:

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tdak sepatutnya menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. Apa saja langkah yang diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin. Secara tidak langsung, seluruh ahli keluarga akan mendapat manfaat kepada amalan yang baik ini.






Panduan Asas

  • Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku.
  • Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
  • Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat
  • Keperluan Kalori Seharian Kanak-Kanak Ikut Umur



Walaupun berdepan dengan masalah obesiti, kanak-kanak masih memerlukan kalori yang mencukupi untuk pertumbuhan mereka. Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk anda mengenali keperluan harian mereka.



Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:

Contoh Pelan Pemakanan:

Berikut adalah contoh pelan pemakanan untuk kanak-kanak

Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu
Snack Pilihan.
Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
Snack Pilihan.
Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran


Untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya, anda boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati. Buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati.
Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam  menyediakan hidangan yang bersesuaian. Hidangan yang sihat ini tidak sepatutnya membebankan anda dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.