Monday 21 October 2013

Kepentingan Vitamin C pada Badan Manusia yang Kita Perlu Tahu

Walaupun setiap hari, kita mengambil makanan dengan sumber semulajadi vitamin C seperti betik dan buah oren, tapi cukupkah kuantiti yang kita ambil? Kita sebenarnya perlu makan buah 4-5 hidangan buah dalam sehari. Badan kita memerlukan sekitar 90-2000mg sehari walaupun USRDA menyatakan sekitar 75-90mg. Ini kerana keperluan akan meningkat apabila dalam keadaan stress dan sakit. 



Tambahan pula, vitamin C tidak dapat kekal lama dalam badan dan mudah terhapus disebabkan pencemaran. Perokok yang merokok sekotak rokok telah menghapuskan 500mg Vitamin C. Tekanan stress akan turut menghapuskan vitamin C dalam badan.  Malah proses penyediaan seperti pemotongan buah,sayur yang terdedah lama akan menghilangkan vitamin C akibat pengoksidaan. 

Sebenarnya, apa tugas Vitamin C alam badan?
  • Sebagai Anti Oksidan yang penting.
  • Pemulihan luka dan melecur.
  • Pembinaan colagen dalam badan. 
  • Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
  • Membantu penghasilan hormon.
  • Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
  • Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
  • Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
  • Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
  • Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
  • Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
  • Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
  • Membantu mengawal dan mengurangkan selsema. 

Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.

Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, Vitamin C merupakan vitamin yang digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Oleh itu, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, ia akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat. Manusia, beruk dan guinea pigs adalah antara makhluk yang tidak menghasilkan Vitamin C nya sendiri, oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C melalui pemakanan sehari-hari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C. 

Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari ?
Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari.


Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.

Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.

Jenis-jenis produk Vitamin C di pasaran?

1. Vitamin C biasa
Vitamin C jenis ini perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh.Harga vitamin C biasalah adalah murah dalam lingkungan RM 10-20 sahaja.





2. Vitamin C dalam bentuk sustained release (pelepasan masa)
Vitamin C  didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan supaya vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air, ia mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Kebiasaanya harga agak mahal berbanding vitamin c biasa.


Friday 27 September 2013

Makanan Sebelum Kehamilan | Buah Delima

Pada tahap persediaan sebelum kehamilan, fokus nutrisi adalah untuk menambahkan nutrien-nutrien yang diperlukan bagi kesihatan telur (ovum) dan sperma serta mengurangkan faktor-faktor yang boleh membahayakan kedua-duanya.

Vitamin A dan C dan lain-lain antioksidan dapat melindungi telur  (ovum) dan sperma daripada dirosakkan oleh bahan kimia dan bahan pencemar.

Paras zink yang rendah boleh menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita, sementara paras asid folik haruslah tinggi untuk mengelakkan kecatatan kelahiran .

Paras protein pemakanan yang baik juga diperlukan untuk satu konsepsi.


Buah Delima


Jus buah delima dikatakan mengandungi tiga kali ganda dos pelindung antioksiadan polifenol sama ada di dalam wain atau teh hijau.

Polifenol di dalam buah ini membantu meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan bekalan darah serta oksigen yang penting kepada bayi yang membesar. Ia juga boleh mengurangkan risiko-risiko kesan negatif pada otak bayi yang lahir sebelum 34 minggu (kerana bayi pramatang mengalami kekurangan pengaliran darah dan oksigen yang stabil). Ia juga membekalkan dos vitamin C yang menyihatkan dan asid folat untuk menggalakkan perkembangan dan tumbesaran. Jus buah delima telah dikatakan dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan tempat tinggi bagi wanita hamil seperti penerbangan udara yang mana ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan bakal ibu pada tahap-tahap awal kehamilan. Kandungan kaliumnya juga membantu kesan ini dengan merwat hidrasi.


  • Kandungan polifenol yang kaya membantu pengaliran darahdan oksigen ke otak bayi serta mengurangkan risiko kerosakkan jika ia dilahirkan pramatang.
  • Mengandungi vitamin C dan folat yang mana dapat menyokong semua proses tumbesaran.
  • Jus buah delima telah menunjukkan  bahawa ia dapat membantu mengurangkan kesan negatif semasa penerbangan sementara kalium membantu hidrasi.

TIP PRAKTIKAL :

Jus buah delima kini sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini ia boleh didapati di mana-mana . Ia mengandungi gula yang tinggi, oleh itu, anda harus menghadkan pengambilannya kepada beberapa gelas sehari dan cairkan ia dengan air masak. Malah, adalah lebih baik jika ia di makan begitu sahaja kerana ia juga bertindak sebagai serat pembersih. Elakkan ekstrak biji buah delima semasa hamil kerana ia boleh merangsang pengecutan uterus.

11 Manafaat Lain Buah Delima

  1. Manfaat buah delima yang pertama adalah keunggulannya dalam memelihara keremajaan. Ia bersifat anti-aging. Kandungan senyawa di dalamnya mampu melindungi tubuh dari radikal bebas. Manfaat ini bahkan lebih kuat jika dibandingkan buah semacam jeruk, apel dan lain-lain.
  2. Buah delima mampu melindungi organ ginjal. Hal ini telah dibahas di dalam Journal Renal Failure.
  3. Buah delima juga diketahui bisa melindungi organ hati. Hal ini sejalan dengan apa yang dikemukakan di dalam jurnal Toxilogy And Industrial Health. Amalan meminum jus delima secara rutin mampu melindungi sekaligus memberbaiki kerosakkan hati.
  4. Delima bersifat anti-alegic. Hal ini terkait dengan senyawa polifenol yang ada di dalamnya.
  5. Buah delima mampu mencegah serangan jantung. Hal ini sesuai dengan sebuah hasil penilitian yang dimuat di dalam Altheroclerosis. Buah delima memiliki kemampuan dalam mensintesis kolesterol dan kemudian mengancurkan zat radikal bebas yang ada di dalam sistem vascular kita.
  6. Salah satu manfaat buah delima yang banyak diperbincangkan adalah kemampuannya mencegah kanser. Hal ini telah diulas di dalam jurnal Translational Oncology. Disebutkan bawa buah delima mampu mencegah kanser payudara dan juga kanser kulit.
  7. Manfaat buah delima lainnya adalah untuk melindungi DNA. Hal ini terkait dengan kandungan anti-oksidan yang ada di dalam buah delima mampu melindungi komponen genetika tubuh manusia.
  8. Hal lain yang mampu diperolehi dari konsumsi buah delima adalah membantu menstabilkan tekanan darah yang normal. Hal ini dijelaskan di dalam jurnal Plant Foods for Human Nutrition. Disebutkan bahwa sari delima mampu membantu juga mencegah tekanan darah naik.
  9. Manfaat buah delima lainnya adalah untuk mengatur kelainan yang disebut dengan sindrom resistansi insulin. Memang delima mampu menyeimbangkan kadar gula di dalam darah sekaligus meningkatkan kepekaan tubuh terhadap keberadaan insulin. Dengan demikian ia akan mencegah diabetes.
  10. Manfaat buah delima yang terakhir adalah mengoptimalkan penggunaan ubat-ubatan. Sari buah delima sendiri diketahui mampu meningkatkan fungsi ubatan khususnya yang dikonsumsi untuk membunuh bakteria jenis gram negatif. Bakteria ini dikenal sebagai mikrob yang bisa melawan fungsi ubat.

Khasiat Buah Kelima untuk Kecantikan Kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah Delima untuk Ibu Hamil
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih Buah Delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..
Fakta mengenai Buah Delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

Saturday 6 July 2013

Khasiat Susu Ibu | Penyusuan Susu Ibu

Semua haiwan mamalia akan menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia. Setiap spesis mamalia menghasilkan susu yang unik tersendiri bagi memenuhi keperluan nutrisi anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Sebagai contoh, ikan paus menghasilkan susu berlemak tinggi kerana anak ikan paus memerlukan lemak yang banyak untuk meneruskan kehidupannya di dalam air sejuk. Memandangkan perkembangan otak adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia,  maka susu ibu mampu membekalkan nutrien untuk perkembangan otak yang cepat. 

Jadi apa pula jenis nutrien yang ada pada susu lembu?

Kandungan asas susu ibu adalah lemak, protein, laktosa, vitamin, mineral, air dalam susu awal atau kolostrum adalah unik dan sangat diperlukan oleh setiap mamalia. Namun nisbah setiap kandugan ini berbeza. Sama juga halnya dengan jenis protein dan lemak. Faktor ini menjadikan susu setiap spesis mamalia unik, sesuai dengan keperluan anak masing-masing.

Kandungan Nutrien dalam Air Susu Ibu

Susu ibu mengadungi pelbagai jenis zat atau nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Kandungannya adalah mencukupi. Bayi tidak memerlukan nutrien tamabahan dalam masa enam bulan pertama, juka dia mendapat penyusuan susu ibu yang sempurna. Jadual 1 menunjukkan anggaran kandungan nutrien yang terdapat dalam susu ibu.

Nutrien
Kuantiti dalam susu ibu
Jumlah pepejal (%)
12.50
Tenaga (kilo kalori)
70
Protein (%)
1.03
Lemak (%)
4.38
Karbohidrat (%)
6.89
Abu (%)
0.20
Kalsium (mg)
32
Zat besi (mg)
0.03
Magnesium (mg)
3
Fosforus (mg)
14
Kalium (mg)
51
Natrium  (mg)
17
Zink (mg)
0.17
Asid askorbik (mg)
5
Tiamina (mg)
20
Riboflavin (mg)
0.036
Niasin (mg)
0.177
Asid Pantotenik
0.223
Vitamin B6 (mg)
10
Folasin (mg)
5
Vitamin B12 (mg)
0.045
Vitamin A (mg)
58
Vitamin D (mg)
0.04
Vitamin E (mg)
0.34
Vitamin C (mg)
4

Jadual 1 : Kandungan nutrisi dalam susu ibu.

Berikut ialah ringkasan tentang kandungan utama yang terdapat dalam susu ibuserta kepentingannya kepada bayi:

Protein

a. Susu Ibu
  • Lembut. Dadih susunya mudah dihadamkan
  • Kandungannya lebih tinggi dikalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus. 
  • Lysozyme, antimicrobial
  • Kaya dengan protein pembina otak dan tubuh.
  • Kaya dengan faktor pertumbuhan.
  • Mengadungi protin pencetus tidur.


 b. Susu Formula
  • Dadih kasein yang sukar dihadamkan.
  • Tidak sepenuhnya diserap. Hanya menyebabkan pembaziran.
  • Tiada atau haya sedikit lactoferrin.
  • Tiada lysozyme.
  • Kurang protin pembina otak dan tubuh.
  • Kurang faktor pertumbuhan
  • Tidak mengadungi banyak protin pencetus tidur.


c. Keterangan
  • Bayi tidak alah kepada protin susu ibu.
  • Bayi dilahirkan dengan buah pinggang dan hati yang belum matang  sepenuhnya. Jadi ia tidak boleh memproses protin yang tinggi.
  • Otak akan menggandakan beratnya sehingga tiga kali dalam tempoh dua tahun untuk mencapai 80% saiz sebenar. Susu ibu rendah protin tetapi tinggi laktosa yang amat diperlukan untuk perkebangan otak yang sempurna.


3.1.2 Lemak

a. Susu Ibu
  • Terdiri dari lemak utama triasilgliserol, fosfolipid dan asid lemak sebagai sumber tenaga.        Kaya dengan pembina otak 3 iaitu DHA dan AA. Baik untuk perkembangan otak dan penglihatan.
  • Kandungannya berkurangan apabila bayi meningkat usia.
  • Kaya kolesterol.
  • Hampir mudah diserap.
  • Mengandungi enzim lemak-pencernaan lipase.
  • Terdiri dari dua komponen iaitu foremilk (susu hadapan) dan hindmilk (susu belakang)       
  • Foremilk  mempunyai warna yang lebih cerah, lebih cair serta mengadungi kandungan lemak rendah berfungsi sebagai penghilang dahaga bayi.
  • Hindmilk mengandungi lebih tinggi lemak dan kelihatan lebih pekat.

    
khasiat susu ibu
"Fore Milk" dan "Hind Milk"

 b. Susu Formula
  • Mengandungi DHA yang bukan semulajadi.
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi.
  • Tiada kolesterol.
  • Sukar diserap.
  • Tiada lipase 

c. Keterangan
·                  Bekas simpanan susu perahan haruslah bertutup dan jauh dari kawasan panas. Letakkan tuala sejuk di atas bekas untuk menyejukkan.


3.1.3 Karbohidrat

a. Susu Ibu
  • Kaya laktosa yang terdiri daripada galaktosa dan glukosa. Berfungsi membantu penyerapan kalsium, menghalang pembiakkan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak.
  • Kaya inoligosaccarides yang menggalakkan kesihatan susu.


 b. Susu Formula
  • Tiada laktosa didalam sesetengah jenis susu formula
  • Kurang inoligosaccarides.


c. Keterangan
  • Laktosa dianggap sebagai karbohidrat penting dalam perkembangan otak. Kajian menunjukkan tahap laktosa dalam susu setiap spesis berkait rapat dengan saiz otak setiap spesis itu.
  • Pada kepekatan 70g/L, susu ibu mengandungi kepekatan laktosa paling tinggi berbanding susu mamalia lain. Otak manusia berkembang pesat untuk menyempurnakan tempoh dua tahun pembentukkan otak dan laktosa mengandungi elemen penting untuk perkembangan otak.


3.1.4 Penggalak Sistem Imun

a. Susu Ibu
  • Kaya dengan sel darah putih hidup (sejuta bagi setiap penyusuan) dan immunoglobin (IgA) yang terdapat dalam kolustrum sebagai vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi. Berfungsi melawan kuman dalam tubuh.
  • Laktoferin yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.
  • Protein, vitamin A dan E berfungsi melindungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • Faktor bifidus berfungsi membantu pembiakkan bakteria baik yang dinamakan laktobasilus untuk melindungi usus bayi. Bakteria tidak baik dihapuskan (patogenik)·         Limfosit dan mikrofaj membantu melawan kuman yang masuk ke tubuh bayi
  • Agen anti-keradangan
  • Antibodi ibu boleh dibrikan kepada bayi melalui penyusuan ibu.
  • Faktor pembesaran  seperti selenium, karotenoid asli dan nukleutida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi.
  • Susu ibu secara ekslusif juga dapat mengurangkan risiko penyakit alahan seperti asma dan radang kulit (ekzema).



 b. Susu Formula
·         Tiada sel darah putih atau jenis sel yang lain. Makanan “mati” mempunyai kuarang kebaikkan immunological.
·         Sedikit immunoglobin dan kebanyakkannya adalah jenis yang salah.

c. Keterangan
·         Apabila ibu terdedah kepada kuman, dia menghasilkan anti-bodi terhadap kuman dan menyalurkan antibodi ini kepada bayi melalui susu ibu sekali gus memberi perlindungan kepada bayi.





3.1.5 Vitamin dan Mineral

a. Susu Ibu
·         Lebih mudah diserap terutamanya zat besi, zink dan kalsium.
·         Zat besi mampu diserap 50 – 75%.
·         Mengandungi lebih selenium (sejenis antioksidan)

 b. Susu Formula
·         Tidak boleh diserap dengan mudah.
·         Zat besi diserap 5 -10%
·         Mengandungi kurang selenium (sejenis antioksidan)

c. Keterangan
·         Vitamin dan mineral dalam susu ibu memiliki bioavailability yang tinggi. Malah peratusannya mampu diserap juga amat baik. Sebagai ganti, susu formula ditambah dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral sehingga menjadikannya sukar untuk dihadam.




3.1.6 Enzim, hormon dan Modulator Pertumbuhan

a. Susu Ibu
·         Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
·         Kaya dengan banyak hormon: tiroid, prolaktin, oksitosin dan lebih daripada 15 jenis.
·         Berbeza mengikut diet ibu.
·         Kandungan Modulator Pertumbuhan dalam susu ibu yang membantu pelbagai sel berkembang. Setiap satu ada peranan masing-masing. Taurina, sejenis asid amino dalam sitem perkumuhan turut penting dalam perkembangan otak dan sistem saraf.

 b. Susu Formula
·         Pemprosesan susu formula membunuh enzim pencernaan.
·         Pemprosesan susu formula membunuh hormon. Hormon turut menyumbang kepada keseimbanganbiokimia keseluruhan kesihatan bayi.
·         Rasa susu ibu bergantung kepada apa yang ibu makan. Ia mendedahkan rasa makanan keluarga kepada bayi. Jadi bayi mempunyai selera makan yang lebih baik berbanding bayi yang minum susu formula.

c. Keterangan
·         Enzim penghadaman menggalakan usus yang sihat.


3.1.7 Gula

a. Susu Ibu
·     Jenis gula dalam susu ibu bertanggungjawab untuk mewujudkan keasidan dalam salur usus bayi agar bakteria jahat tidak membiak di dalamnya.

 b. Susu Formula
·         Separuh daripada susu ibu.



3.2 Kelebihan Lain Susu Ibu

Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai daya intelek dan darjah kecerdasan otak (IQ) yang lebih baik. Horwood, Darlow dan Mogridge (2001) telah melakukan ujian IQ terhadap 280 kanak-kanak yang mempunyai berat lahir yang rendah ketika umur kanak-kanak tersebut tujuh tahun hingga lapan tahun. Kanak-kanak yang menyusu susu ibu melebihi lapan bulan mempunyai skor IQ yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang menyusu beberapa bulan sahaja.

Selain itu, setiap bayi baru lahir berisiko mendapat jangkitan telinga  (otitis media), namun dengan menyusuan susu ibu, risiko ini dapat dikurangkan. Fakta ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan dalam jurnal Pediatrik pada tahun 1993 yang bertajuk “Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif untuk Sekurang-kurangnya Empat Bulan Melindungi Bayi daripada Otitis Media” (Exclusive Breastfeeding for at Least Four Months Protects again Otitis Media).

Sindrom bayi mati mengejut juga rendah dalam kalangan bayi yang diberikan susu ibu berbanding dengan bayi yang menyusu dengan susu formula. Perkara ini juga telah dibuktikan melalui kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat.

Disamping itu, penyusuan susu ibu juga dapat mencegah kerosakkan gigi dikalangan kanak-kanak yang menyusu dengan susu ibu.

Bayi pramatang yang diberikan susu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit radang usu bayi (necrotizing enterocolitis – NEC), iaitu penyakit yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus.




Penyakit Radang Usus (NEC) sering menyerang bayi pra-matang.

3.2.1 Faedah untuk Ibu

  • ·         Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • ·         Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
  • ·         Mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
  • ·         Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • ·         Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 

3.3 Adakah Bayi Perlukan Air Tambahan?? 
Bayi tidak memerlukan air tambahan.



Menurut Kelly B., Pakar Perunding Penyusuan Antarabangsa, sekiranya bayi yang berumur di antara empat  minggu hingga lima minggu diberikan air, dikhuatiri bayi akan mendapat risiko-risiko seperti berikut:

3.3.1 Jaundis
Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit kuning sehingga menyebabkan jaundis menjadi bertambah teruk.

3.3.2 Oral Water Intoxication
Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlak, kandungan natrium  (garam) dalam darah bayi menjadi cair dan menyebabkan organ badan bayi tidak berfungsi dengan baik.

3.3.3 Kekurangan Kalori
Air memenuhi tubuh bayi tanpa sebarang kalori tambahan sehingga menyebabkan bayi akan kehilangan  berat badan atau berat badan tidak bertambah.

3.3.4 Mengurangkan Penghasilan Susu Ibu yang Optimum
Bayi yang diberikan air kurang berminat untuk menyusu. Sekiranya bayi tidak menyusu sekerap yang diperlukannya, susu ibu mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Masalah ini akan menghalangpenghasilan susu yang optimum.

3.3.5 Mengganggu Penyusuan Susu Ibu
Air  yang terlalu banyak boleh mengganggu penyusuan susu ibu kerana bayi akan kenyang dan tidak ingin menyusu lagi. Bayi perlukan nutrisi untuk membesar.

3.3.6 Terdedah Kepada Jangkitan Kuman
Bayi mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan cirit-birit. Masalah ini berlaku kerana bekalan atau sumber air boleh tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan tidak bersih.

Memandangkan risiko yang begitu banyak jika bayi diberikan air, maka para ibu dinasihatkan supaya menyusui bayinya tanpa memberikan sebarang jenis air dalam tempoh enam bulan pertama. Susu ibu sentiasa mampu memenuhi keperluan bayi pada bila-bila masa.





Thank You....


Rujukkan Sumber :
Hebatnya Susu Ibu | Rita Rahayu Omar
Perunding Laktasi
International Board Certified lactation Consultant (IBCLC)
CEO Nurturing Concepts Sdn Bhd

Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda
Naziarah Johar
Perunding Laktasi
Dr. Zaharah Sulaiman

Perunding Laktasi