Sunday 16 June 2013

Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah JERAGAT


VITAMIN C
Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.




VITAMIN E
Terkenal sebagai vitamin awet muda' Ia iuga dikatakan melambatkan proses Penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit' Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan BETA CAROTENE.


PROTEIN
lanya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat leragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu
dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

AIR
Sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.









Vitamin untuk Rambut

PERUMPAMAAN Inggeris ada menyebut, anda adalah apa yang anda makan (you are what you eat). Ia bukan saja merujuk kepada bentuk tubuh-badan, tapi juga rambut yang anda miliki. Sebagaimana tubuh menjadi obesiti akibat pengambilan makanan berlemak tinggi, rambut juga boleh menjadi mudarat menerusi elemen yang sama.


Rambut gugur


Pakar pemakanan berkaitan penjagaan rambut, Fanny Ling berkata, diet tinggi lemak sangat tidak baik untuk rambut dan kulit kepala. Malah katanya, pemakanan berlemak tinggi menjadi punca kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan kelemumur, mengganggu imbangan hormon, menyebabkan kegemukan serta meningkatkan risiko banyak penyakit kardiovaskular.

Tambahnya, makanan manis juga tidak baik kerana boleh menyebabkan kelemumur dan kulit kepala menjadi sensitifIa juga melupuskan vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan kuprum yang mengakibatkan rambut berubanFanny berkata, makanan manis bergula tinggi juga mengurangkan biotin yang akan merencatkan pertumbuhan rambut sihat dan mengurangkan keamatan warna rambut.

Kebanyakan makanan mengandungi banyak lemak dan gula, yang boleh memudaratkan badan dan rambut. Begitupun, bukan bermakna tidak boleh langsung menikmati makanan kegemaran tersebut, tetapi ambil secara sederhana. Sebagai contoh, lapan keping biskut mengandungi 555 kalori (kcal) dan 50 peratus lemak, ini bersamaan dengan lapan sudu teh minyak. Untuk membakar lemak sebanyak itu, seseorang perlu berjalan selama 148 minit.

Kita perlu mencari makanan gantian yang lebih sihat seperti empat keping kuih kapit yang hanya mengandungi 135 kcal dengan enam peratus lemak atau yee sang (60g) yang hanya membekalkan 130 kcal dan enam peratus lemak.

"Untuk membekalkan nutrien pada rambut, anda memerlukan kalori secukupnya. Bergantung pada keperluan tenaga individu, seorang lelaki memerlukan purata 2.500 kcal sehari manakala seorang wanita memerlukan 2,000 kcal sehari.

" Bagi memastikan diet yang baik untuk rambut, makanan hendaklah mengandungi protein seperti ikan, telur dan susu yang membekalkan nutrien untuk rambut.

"Sayuran hijau gelap kaya dengan vitamin A dan beta karotena penting untuk kekalkan kesihatan tisu kulit kepala.

"Rambut memerlukan vitamin B yang meningkatkan metabolisme sel kulit kepala, pastikan anda mengambil lebih susu, bijian penuh dan sayuran hijau," kata Fanny.

Selain itu beliau berkata, seseorang juga boleh mendapatkan vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan anti oksida semula jadi dan memastikan pembentukan kolagen.

Zink juga penting kepada rambut kerana kekurangan zink boleh menyebabkan rambut kering dan kulit kepala berminyak. Dapatkan zink daripada daging, makanan laut, telur dan susu.

Mungkin ramai yang tidak tahu kuprum penting untuk mengekalkan warna dan struktur rambut dan bijian penuh, tiram, kacang dan kekacang kaya dengan kuprum.

Selain itu makan aprikot, brokoli dan kacang panggang untuk membekalkan darah dan oksigen kepada rambut.

Iodin pula yang diambil daripada makanan laut dan sayur-sayuran membantu mengawal hormon tiroid, dan akhir sekali tentulah minum banyak air untuk mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.

"Makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari yang membentuk sebahagian penting daripada diet dan gaya hidup yang sihat setiap hari.

" Sayur dan buah membekalkan pelbagai vitamin, zat galian, serat dan fitokimia yang diperlukan oleh badan anda untuk mengekalkan kesihatan dan melindungi daripada kesan penuaan," kata Fanny.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 15 June 2013

Apakah GLIKOGEN

Glikogen merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga. Terbentuk dari molekul glukosa yang saling mengikat dan membentuk molekul yang lebih komplek. Simpanan glikogen memilik fungsi sebagai sumber tenaga tidak hanya bagi kerja otot namun juga merupakan sumber tenaga bagi sistem pusat saraf dan otak. Di dalam tubuh, jaringan otot dan hati merupakan dua komponen utama yang digunakan oleh tubuh untuk menyimpan glikogen. Pada jaringan otot, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 1% dari jumlah massa otot sedangkan di dalam hati, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 8-10% dari jumlah massa hati. Walaupun memiliki peratusan yang lebih kecil namun secara total jaringan otot memiliki jumlah glikogen 2 kali lebih besar di bandingkan dengan glikogen hati.

Pada jaringan otot, glukosa yang tersimpan dalam bentuk glikogen dapat digunakan secara langsung oleh otot tersebut untuk menghasilkan tenaga. Begitu juga dengan hati yang dapat mengeluarkan glukosa apabila diperlukan untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Selain itu, glikogen hati juga mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan tubuh iaitu berfungsi untuk menjaga tahap glukosa darah.

Sebagai sumber tenaga simpanan glikogen yang terdapat di dalam tubuh secara langsung akan mempengaruhi kapasiti seorang atlet semasa menjalani program latihan ataupun juga semasa pertandingan. Secara keseluruhannya hubungan antara pengambilan karbohidrat, simpanan glikogen dan keupayaan olahraga dapat di simpulkan sebagai berikut:

• Pengambilan karbohidrat yang tinggi akan meningkatkan simpanan glikogen tubuh.

• Semakin tinggi simpanan glikogen maka kemampuan tubuh untuk melakukan aktiviti fisik juga akan semakin meningkat.

• Tahap simpanan glikogen tubuh yang rendah menurunkan atau membatasi kemampuan atlet untuk mempertahankan intensiti dan waktu latihannya.

• Tahap simpanan glikogen tubuh yang rendah menyebabkan atlet menjadi cepat lelah jika dibandingkan dengan seorang atlet dengan simpanan glikogen yang tinggi.

• Pengambilan karbohidrat setelah latihan atau pertandingan akan mempercepat penyimpanan glikogen yang kemudian juga akan mempercepat proses pemulihan.

Peranan Glikogen

* menyediakan tenaga untuk kerja otot
* menyediakan bahan bakar untuk sistem saraf pusat
* membolahkan berlakunya metabolisme lemak
* mencegah protein daripada digunakan sebagai tenaga

Karbohidrat adalah sumber tenaga atau bahan bakar untuk tindakan otot dan biologi bekerja. Makanan yang mengandungi karbohidrat adalah dalam biji-bijian, buah, dan kumpulan-kumpulan susu.Sayuran memiliki sejumlah kecil kardohidrat. Setelah karbohidrat dimakan, ia dipecah menjadi gula kepada unit yang lebih kecil (termasuk glukosa, fruktosa dan galaktosa) di dalam perut dan usus kecil. Unit kecil gula ini diserap di usus kecil dan kemudian memasuki aliran darah di mana mereka melakukan perjalanan ke hati.

Fruktosa dan galaktosa yang diubah akan menjadi glukosa oleh hati. Glukosa merupakan karbohidrat yang diangkut oleh aliran darah ke pelbagai rangkaian dan organ, termasuklah otot dan otak, di mana ia akan digunakan sebagai tenaga. Jika tubuh tidak memerlukan glukosa untuk tenaga, glukosa akan di simpan dalam hati dan otot rangka (skeletel muscle) dalam bentuk yang disebut glikogen. Jika glikogen berlebihan daripada keperluan, glukosa akan disimpan sebagai lemak. Glikogen yang disimpan adalah sumber tenaga yang akan digunakan ketika tubuh memerlukan lebih banyak glukosa daripada yang sedia di aliran darah (misalnya, ketika melakukan latihan sukan).Tubuh mempunyai kapasiti simpanan yang terhad untuk glikogen (sekitar 2000 kalori), itulah sebabnya karbohidrat sering disebut sebagai bahan bakar mengehadkan prestasi fizikal.

Gentian karbohidrat adalah protein sebagai sumber tenaga. Ketika keperluan karbohidrat tidak mencukupi, protein dipecah untuk membuat glukosa untuk mengekalkan tahap glukosa darah. Namun, ketika protein dipecah, ini menyebabkan protein kehilangan peranan utama sebagai pembinaan otot. Selain itu, pemecahan protein boleh mengakibatkan peningkatan tekanan pada ginjal, di mana produk sampingan protein disalurkan ke dalam urin.

Glukosa juga sangat penting bagi sistem saraf pusat, terutamanya otak yang menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Kurangnya glukosa boleh menyebabkan kelemahan, pening dan glukosa darah rendah (hipoglikemia). Pengurangan glukosa darah menyebabkan penurunan ketika latihan menyebabkan penurunan prestasi latihan, mental serta keletihan fizikal.

Credit: Blog Makanan dan Teknologi

Friday 14 June 2013

Rahsia Langsing Cam Rozita Che Wan

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR INGIN LANGSING PERSIS ROZITA CHE WAN??? 



Siapa yang tidak inginkan badan semantap Artis Rozita Che Wan... bukan sahaja anak dara malah kaum2 ibu boleh dapatkan badan semantap beliau dengan syarat ada perkara-perkara tersebut dibawah:

       ➻ Keinginan/matlamat   ➻ Usaha ➻ Konsisten ➻ Cekal ➻ Target + Ikon Anda

Kalau anda tidak mempunyai perkara2 di atas anda tidak akan bertahan lama.. kalau anda berjaya kurus pun anda perlu berusaha untuk maintainkan berat badan anda bukan mengabaikan atau buat tak kisah tentang penjagaan berat badan anda setelah anda rasa anda telah berjaya "KURUS!"

Seiringan dengan pertambahan umur kita, perubahan hormon juga berlaku mengakibatkan berat badan bertambah bagi kebanyakkan orang. Tidak kira sama ada yang telah berumah tangga, anak dara, lelaki, wanita, tua atau muda..

Kadang-kala tuntutan kerja serta kesibukkan dengan aktiviti seharian, menyebabkan kita mengabaikan cara pemkanan sihat. Tuntutan masa membuatkan kita makan apa sahaja yang ada mengikut selera serta tidak menentu masa.. amalan seperti inilah yang menyebabkan kenaikkan berat badan tanpa kita sedari sama ada secara mendadak atau perlahan-lahan.

Pengambilan sesetengah pil-pil hormon seperti pil perancang juga boleh mengakibatkan kenaikkan berat badan secara mendadak tanpa kita sedari. Ia juga mengakibatkan selera makan kita bertambah bagi kebanyakkan pengamal pil-pil perancang keluarga. Bagi sesetengah orang walaupun mengambil makanan yang sedikit tapi kesan pengambilan pil-pil ini boleh merencatkan/menurunkan kadar metabolisme badan. Akibatnya berat badan cepat bertambah walaupun mereka rasa cuma mengambil makanan yang sedikit.

Mengambil pil-pil perancang juga boleh menyebabkan melembabkan proses penurunan berat badan bagi kebanyakkan orang walaupun mengambil produk Perlansingan yang mahal dan terkenal..

Dalam menjalani program penurunan berat badan kita mesti tahu asas-asas amalan yang perlu kita praktikan agar anda mampu untuk menjadi kekal langsing setelah berjaya menurunkan berat badan ketahap yang diingini.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:


1. Melakukan Detoks untuk Usus | Herb-Lax


Detoks usus penting bagi membersihkan usus kita tempat di mana sisa-sisa bahan buangan dilambak.          Usus ini juga merupakan tempat bagi penyerapan zat-zat makan untuk di hantar keseluruh badan. Dengan menjalani detoks usus iaitu dengan kata lain mencuci usus (buat clearance) dari sebarang najis-najis lama, lemak, lendir, sisa-sia kotoran serta toksin maka lebih mudah penyerapan zat-zat berlaku. Beberapa Kilo berat kita ada kat sini.. so, sekiranya semuanya dibersihkan kat sini pun dah bantu mengurang beberapa kilo berat badan. Anda pun akan rasa badan lebih ringa dan bertenaga. Detoks usus ni juga akan membantu mengurangkan masalah badan dan mulut berbau, alergik dan banyak lagi...toksin yang pekat dalam badan menyebabkan kita sakit kepala berpanjangan, sakit di sendi2 dan ketengan urat saraf serta melemahkan sistem imun badan.

*(perlu mimum sekurang2nya 3 liter air bagi melancarkan proses detoks/ membawa keluar toksin)



2. Pengambilan Fiber | Alfalfa

Pengambilan fiber setiap kali sebelum, semasa dan/atau selepas makan adalah penting. Ini adalah kerana fiber dapat membantu rasa kenyang serta bertindak sebagai perangkap lemak dengan menyerap lemak/minyak yang kita makan.. ia juga bertindak mengeluarkan segala toksin. Ia juga dapat membantu membuang kolesterol-kolesterol jahat disamping dapat membuang air lebihan yang tersimpan dalam badan yang mengakibatkan "GEMUK AIR".

*(perlu mimum sekurang2nya 3 liter air bagi melancarkan proses detoks/ membawa keluar toksin serta lebihan air melalui proses perkhumuhan)





3. Pembakar Lemak | Lecithin@Omega Guard


Mengambil suplemen yang bertindak sebagai pembakar lemak penting bagi membakar lemak yang tersimpan dalam badan serta lemak-lemak yang hadir dalam makanan yang kita ambil. Ia juga dapat membantu membuang kolesterol-kolesterol jahat. 

*(perlu mimum sekurang2nya 3 liter air kerana proses pembakaran lemak akan membuatkan kita rasa sangat dahaga )





4. Membina/memelihara Otot dengan Diet Tinggi Protin | Cinch Shake @ ESP (Ibu Menyusu)

Semasa menjalani proses penurunan berat badan atau mengambil sesetengah produk kurus boleh merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut.

Otot Sihat ⇔ Metabolisme  Bakar Kalori 

Mengamalkan diet protin tinggi juga penting bagi memastikan otot badan anda kemas dan mantap tidak menggeleber seteleh menjalani penurunan berat badan dengan banyak!!!!

Apa guna kurus kalau semua lebik jer.. 

(╥﹏╥)


4. Minuman sumber tenaga/detoks/pembakar lemak |Cinch Energy Tea Mix

Dalam mengamalkan Program Berat Badan atau bertujuan untuk mengekalkan berat badan saya amat menggalakkan anda sentiasa mengamalkan mengambil minuman yang menjadi sumber tenaga dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai detoks serta membakar lemak serta kolesterol berbanding mengambil banyak minuman yang tinggi kalori/mengandungi gula berlebihan serta bercafein. Ini kerana ianya dapat menjejaskan proses penurunan berat badan anda. 

Antara contoh Minuman sumber tenaga/detoks/pembakar lemak ialah seperti:

  • Rooibos Red Tea 
  • Green Tea 
  • White Tea 
  • Matcha Green
  • Teh Peria
  • Teh Jasmine
  • Cinch Energy Tea Mix

  • 5.Senaman Sebagai Rutin

    Senaman adalah perlu dalam proses penurunan berat badan kerana ianya dapat membentuk otot yang sihat dan membantu dalam proses pembakaran lemak.



    Untuk sebarang maklumat berkenaan produk atau konsultasi boleh hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda bagi kawasan Ipoh, Perak di:
    019-4008215 (Sal)



    Cinch Shake Mix FAQ

    Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.
    Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

    Jom kita tengok FAQ ini:

    Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?

    Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

    Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?

    Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

    Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?

    Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

    Cara terbaik minum Cinch Shake

    Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

    Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?

    Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

    Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?

    Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

    Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?

    Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.


    Credit : Mommy Lyna

    Tuesday 11 June 2013

    Performance® Maximum

    Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

    Penghilang Dahaga untuk Si Juara
    Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

    Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


    Terbukti secara klinikal
    Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
    •    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
          hidrasi
    •    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
          kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
    •    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
          keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

    Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

    Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

    Jaminan Ketulenan Shaklee
    Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

    Monday 3 June 2013

    Khasiat Meal Shakes

    Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
    • Sarapan segera yang berkhasiat
    • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
    • Hidangan segera untuk para atlet
    • Kudapan menarik pada bila-bila masa
    • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 



    vitamin favourie


    Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan serta Kalsium. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.


    SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL MEAL SHAKES ??

    • Makanan Seimbang untuk kanak-kanak yang sedang membesar
    • Kanak-kanak yang mudah jatuh sakit
    • Sesuai bagi mereka yang mepunyai masalah menelan atau menguyah (cth; memakai pendakap gigi, mengalami ulser mulut, sukar menelan pil, dll)
    • Kandungan fiber yang tinggi dalam Meal Shakes baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang mengalami sembelit.
    • Mereka yang baru pulih dari sakit atau trauma
    • Mereka yang mengalami masalah kurang selera makan kerana mengalami demam/sakit.
    • kanak-kanak yang memilih makanan atau "Picky Eaters" dan ingin tambah berat badan.
    • Mereka yang tidak ada masa untuk mengambil makanan dengan diet yg seimbang.


    vitamin favourite

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


    Hubungi/PM saya untuk Best Price!!!
    Call/sms: 019-4008215

    PM fb @ www.facebook.com/niksalwani.nikmahmud