About Me


Saya  Nik Salwani Nik Mahmud lulusan Ijazah Sarjana Muda Kujuruteraan Awam (Kep.)(KUiTTHO-1994). Diploma Kejuruteraan Awam (UiTM -2000). Pernah bekerja sebagai Jurutera Awam di salah sebuah Fima Perunding Kejuruteaan (Swasta, Ipoh PERAK) dan juga beberapa sektor swasta lain termasuk kontraktor sebelum ini. 
Sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja kepada dua (2) anak yang bersekolah dan seorang baby dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan yang sungguh tough ini, memang sangat memenatkan.
Tuntutan kekuatan dari segi fizikal & mental juga telah membuatkan diri saya sentiasa dalam keadaan stress dan fatigue. Tambahan dengan masalah kesihatan yang saya hadapi sejak berada di Universiti lagi memberi kesan yang lebih teruk selepas berkahwin dan mengandungkan anak pertama hampir sepuluh tahun yang lalu.
Kesakitan iaitu masalah tulang belakang dan punggung yang cedera akibat terjatuh lebih 14 tahun lalu. Kesakitan yang ditanggung berlarutan sehingga mengandungkan anak yang ketiga saya pada tahun 2011 yang lalu. Saya tak boleh baring di atas tempat yang keras atau terlalu lembut kerana memberi impak kepada tulang pelvis saya. Masalah itu lebih teruk sewaktu mengandungkan anak yang ketiga semasa diperingkat trimester ketiga. Saya tidak boleh berdiri/berjalan terlalu lama kerana selain tulang pelvis saya yang sakit, urat sekeliling peha dan punggung juga sakit. Sesekali membuatkan saya rasa serik untuk mengandung lagi.
Alhamdulillah setelah melahirkan anak ketiga saya Nur Qeesha Medina masalah tu berkurang. Tetapi dua bulan selepas tu (lepas pantang) masalah sakit di tumit kaki timbul pula seperti masa selepas saya melahirkan anak kedua saya Nur Izzatul Yasmeen. Masa tu seingat saya bertahun jugalah masalah sakit tumit kaki tu saya tanggung. Kata orang tua masalah peranakkan kembang. Ada juga say baca di internet pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah seperti saya ni hilang selepas dia amik kalsium.
Memandangkan semasa mengandungkan anak ketiga saya Qeesha saya memang berazam nak susukan dia secara ekslusif dalam masa yang sama saya mengalami susu yang tak berapa meriah waktu tu setiap kali mengepam. Di fikiran, saya mengalami masalah susu sedikit walhal setiap kali menyusukan anak saya secara direct susu memang banyak. Maklumlah waktu tu belum cukup ilmu lagi tentang penyusuan ni. Jadi saya cuba search dalam internet tentang supplement yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu. So saya terjumpalah beberapa blog yang menjual vitamin/supplement Shaklee khusus untuk ibu menyusu. Dari testimoni-testimoni yang saya baca amat mengujakan. Disamping saya memang yakin dengan produk-produk  yang berasaskan bahan semulajadi semata-mata. So bagi saya, apa yang nak saya risaukan.. dan disitulah bermulanya saya dengan produk Shaklee. Produk pertama yang saya cuba ialah SET IBU MENYUSU (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix dan Energizing Soy Protien (ESP)). Alhamdulillah setelah menggunakannya tak sampai pun 5 hari tumit kaki saya dah beransur baik tak lagi berjalan terhencut-hencut menahan sakit. Susu untuk anak saya pun kualitinya pun sangat baik. semakin pekat. Dalam masa beberapa minggu berat badan anak saya semakin bertambah. Dan jumlah auns yang dia minum pun meningkat dengan cepat. Mungkin seleranya semakin bertambah.
Oleh kerana keyakinan saya yang kuat terhadap keberkesanan produk Shaklee ini di samping ingin menambah pendapatan sampingan jadi saya mengambil keputusan untuk berbisnes secara online. Jadi tertubuhlah laman blog ini My Amazing Vitamins  sempena untuk ketiga-tiga anak saya yang banyak member sumber inspirasi buat saya. Tidak lupa juga suami yang tercinta yang telah menjadi tulang belakang saya selama ini..
Wujudnya My Amazing Vitamins ini juga semata-mata disebabkan keinginan saya yang tinggi untuk berkongsi tentang khasiat vitamin/supplement 100% semulajdi  kepada anda semua di luar sana yang masih lagi belum mengenal tentang produk ini. Anda tak perlu risau atau berfikir dua-tiga kali untuk mengambilnya kerana ia telah diuji terhadap keberkesanannya, ia disahkan halal oleh ISA (Islamic Services of America) dan selamat kerana sifatnya yang mesra alam. Mula katakan TIDAK!!!  kepada vitamin/supplement sintetik yang banyak dijual di farmasi kerana ia boleh membahayakan kesihatan anda, anak anda serta seluruh keluarga anda sekiranya digunakan dalam jangka masa panjang.   Wallahua’lam…


SAYANGI SEMUA..…KONGSILAH DENGAN SEMUA…..


       
By :    Nik Salwani Nik Mahmud 
(SHAKLEE Independent Distributor)

No comments:

Post a Comment