Saturday 6 July 2013

Khasiat Susu Ibu | Penyusuan Susu Ibu

Semua haiwan mamalia akan menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia. Setiap spesis mamalia menghasilkan susu yang unik tersendiri bagi memenuhi keperluan nutrisi anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Sebagai contoh, ikan paus menghasilkan susu berlemak tinggi kerana anak ikan paus memerlukan lemak yang banyak untuk meneruskan kehidupannya di dalam air sejuk. Memandangkan perkembangan otak adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia,  maka susu ibu mampu membekalkan nutrien untuk perkembangan otak yang cepat. 

Jadi apa pula jenis nutrien yang ada pada susu lembu?

Kandungan asas susu ibu adalah lemak, protein, laktosa, vitamin, mineral, air dalam susu awal atau kolostrum adalah unik dan sangat diperlukan oleh setiap mamalia. Namun nisbah setiap kandugan ini berbeza. Sama juga halnya dengan jenis protein dan lemak. Faktor ini menjadikan susu setiap spesis mamalia unik, sesuai dengan keperluan anak masing-masing.

Kandungan Nutrien dalam Air Susu Ibu

Susu ibu mengadungi pelbagai jenis zat atau nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Kandungannya adalah mencukupi. Bayi tidak memerlukan nutrien tamabahan dalam masa enam bulan pertama, juka dia mendapat penyusuan susu ibu yang sempurna. Jadual 1 menunjukkan anggaran kandungan nutrien yang terdapat dalam susu ibu.

Nutrien
Kuantiti dalam susu ibu
Jumlah pepejal (%)
12.50
Tenaga (kilo kalori)
70
Protein (%)
1.03
Lemak (%)
4.38
Karbohidrat (%)
6.89
Abu (%)
0.20
Kalsium (mg)
32
Zat besi (mg)
0.03
Magnesium (mg)
3
Fosforus (mg)
14
Kalium (mg)
51
Natrium  (mg)
17
Zink (mg)
0.17
Asid askorbik (mg)
5
Tiamina (mg)
20
Riboflavin (mg)
0.036
Niasin (mg)
0.177
Asid Pantotenik
0.223
Vitamin B6 (mg)
10
Folasin (mg)
5
Vitamin B12 (mg)
0.045
Vitamin A (mg)
58
Vitamin D (mg)
0.04
Vitamin E (mg)
0.34
Vitamin C (mg)
4

Jadual 1 : Kandungan nutrisi dalam susu ibu.

Berikut ialah ringkasan tentang kandungan utama yang terdapat dalam susu ibuserta kepentingannya kepada bayi:

Protein

a. Susu Ibu
  • Lembut. Dadih susunya mudah dihadamkan
  • Kandungannya lebih tinggi dikalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus. 
  • Lysozyme, antimicrobial
  • Kaya dengan protein pembina otak dan tubuh.
  • Kaya dengan faktor pertumbuhan.
  • Mengadungi protin pencetus tidur.


 b. Susu Formula
  • Dadih kasein yang sukar dihadamkan.
  • Tidak sepenuhnya diserap. Hanya menyebabkan pembaziran.
  • Tiada atau haya sedikit lactoferrin.
  • Tiada lysozyme.
  • Kurang protin pembina otak dan tubuh.
  • Kurang faktor pertumbuhan
  • Tidak mengadungi banyak protin pencetus tidur.


c. Keterangan
  • Bayi tidak alah kepada protin susu ibu.
  • Bayi dilahirkan dengan buah pinggang dan hati yang belum matang  sepenuhnya. Jadi ia tidak boleh memproses protin yang tinggi.
  • Otak akan menggandakan beratnya sehingga tiga kali dalam tempoh dua tahun untuk mencapai 80% saiz sebenar. Susu ibu rendah protin tetapi tinggi laktosa yang amat diperlukan untuk perkebangan otak yang sempurna.


3.1.2 Lemak

a. Susu Ibu
  • Terdiri dari lemak utama triasilgliserol, fosfolipid dan asid lemak sebagai sumber tenaga.        Kaya dengan pembina otak 3 iaitu DHA dan AA. Baik untuk perkembangan otak dan penglihatan.
  • Kandungannya berkurangan apabila bayi meningkat usia.
  • Kaya kolesterol.
  • Hampir mudah diserap.
  • Mengandungi enzim lemak-pencernaan lipase.
  • Terdiri dari dua komponen iaitu foremilk (susu hadapan) dan hindmilk (susu belakang)       
  • Foremilk  mempunyai warna yang lebih cerah, lebih cair serta mengadungi kandungan lemak rendah berfungsi sebagai penghilang dahaga bayi.
  • Hindmilk mengandungi lebih tinggi lemak dan kelihatan lebih pekat.

    
khasiat susu ibu
"Fore Milk" dan "Hind Milk"

 b. Susu Formula
  • Mengandungi DHA yang bukan semulajadi.
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi.
  • Tiada kolesterol.
  • Sukar diserap.
  • Tiada lipase 

c. Keterangan
·                  Bekas simpanan susu perahan haruslah bertutup dan jauh dari kawasan panas. Letakkan tuala sejuk di atas bekas untuk menyejukkan.


3.1.3 Karbohidrat

a. Susu Ibu
  • Kaya laktosa yang terdiri daripada galaktosa dan glukosa. Berfungsi membantu penyerapan kalsium, menghalang pembiakkan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak.
  • Kaya inoligosaccarides yang menggalakkan kesihatan susu.


 b. Susu Formula
  • Tiada laktosa didalam sesetengah jenis susu formula
  • Kurang inoligosaccarides.


c. Keterangan
  • Laktosa dianggap sebagai karbohidrat penting dalam perkembangan otak. Kajian menunjukkan tahap laktosa dalam susu setiap spesis berkait rapat dengan saiz otak setiap spesis itu.
  • Pada kepekatan 70g/L, susu ibu mengandungi kepekatan laktosa paling tinggi berbanding susu mamalia lain. Otak manusia berkembang pesat untuk menyempurnakan tempoh dua tahun pembentukkan otak dan laktosa mengandungi elemen penting untuk perkembangan otak.


3.1.4 Penggalak Sistem Imun

a. Susu Ibu
  • Kaya dengan sel darah putih hidup (sejuta bagi setiap penyusuan) dan immunoglobin (IgA) yang terdapat dalam kolustrum sebagai vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi. Berfungsi melawan kuman dalam tubuh.
  • Laktoferin yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.
  • Protein, vitamin A dan E berfungsi melindungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • Faktor bifidus berfungsi membantu pembiakkan bakteria baik yang dinamakan laktobasilus untuk melindungi usus bayi. Bakteria tidak baik dihapuskan (patogenik)·         Limfosit dan mikrofaj membantu melawan kuman yang masuk ke tubuh bayi
  • Agen anti-keradangan
  • Antibodi ibu boleh dibrikan kepada bayi melalui penyusuan ibu.
  • Faktor pembesaran  seperti selenium, karotenoid asli dan nukleutida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi.
  • Susu ibu secara ekslusif juga dapat mengurangkan risiko penyakit alahan seperti asma dan radang kulit (ekzema).



 b. Susu Formula
·         Tiada sel darah putih atau jenis sel yang lain. Makanan “mati” mempunyai kuarang kebaikkan immunological.
·         Sedikit immunoglobin dan kebanyakkannya adalah jenis yang salah.

c. Keterangan
·         Apabila ibu terdedah kepada kuman, dia menghasilkan anti-bodi terhadap kuman dan menyalurkan antibodi ini kepada bayi melalui susu ibu sekali gus memberi perlindungan kepada bayi.





3.1.5 Vitamin dan Mineral

a. Susu Ibu
·         Lebih mudah diserap terutamanya zat besi, zink dan kalsium.
·         Zat besi mampu diserap 50 – 75%.
·         Mengandungi lebih selenium (sejenis antioksidan)

 b. Susu Formula
·         Tidak boleh diserap dengan mudah.
·         Zat besi diserap 5 -10%
·         Mengandungi kurang selenium (sejenis antioksidan)

c. Keterangan
·         Vitamin dan mineral dalam susu ibu memiliki bioavailability yang tinggi. Malah peratusannya mampu diserap juga amat baik. Sebagai ganti, susu formula ditambah dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral sehingga menjadikannya sukar untuk dihadam.




3.1.6 Enzim, hormon dan Modulator Pertumbuhan

a. Susu Ibu
·         Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
·         Kaya dengan banyak hormon: tiroid, prolaktin, oksitosin dan lebih daripada 15 jenis.
·         Berbeza mengikut diet ibu.
·         Kandungan Modulator Pertumbuhan dalam susu ibu yang membantu pelbagai sel berkembang. Setiap satu ada peranan masing-masing. Taurina, sejenis asid amino dalam sitem perkumuhan turut penting dalam perkembangan otak dan sistem saraf.

 b. Susu Formula
·         Pemprosesan susu formula membunuh enzim pencernaan.
·         Pemprosesan susu formula membunuh hormon. Hormon turut menyumbang kepada keseimbanganbiokimia keseluruhan kesihatan bayi.
·         Rasa susu ibu bergantung kepada apa yang ibu makan. Ia mendedahkan rasa makanan keluarga kepada bayi. Jadi bayi mempunyai selera makan yang lebih baik berbanding bayi yang minum susu formula.

c. Keterangan
·         Enzim penghadaman menggalakan usus yang sihat.


3.1.7 Gula

a. Susu Ibu
·     Jenis gula dalam susu ibu bertanggungjawab untuk mewujudkan keasidan dalam salur usus bayi agar bakteria jahat tidak membiak di dalamnya.

 b. Susu Formula
·         Separuh daripada susu ibu.



3.2 Kelebihan Lain Susu Ibu

Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai daya intelek dan darjah kecerdasan otak (IQ) yang lebih baik. Horwood, Darlow dan Mogridge (2001) telah melakukan ujian IQ terhadap 280 kanak-kanak yang mempunyai berat lahir yang rendah ketika umur kanak-kanak tersebut tujuh tahun hingga lapan tahun. Kanak-kanak yang menyusu susu ibu melebihi lapan bulan mempunyai skor IQ yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang menyusu beberapa bulan sahaja.

Selain itu, setiap bayi baru lahir berisiko mendapat jangkitan telinga  (otitis media), namun dengan menyusuan susu ibu, risiko ini dapat dikurangkan. Fakta ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan dalam jurnal Pediatrik pada tahun 1993 yang bertajuk “Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif untuk Sekurang-kurangnya Empat Bulan Melindungi Bayi daripada Otitis Media” (Exclusive Breastfeeding for at Least Four Months Protects again Otitis Media).

Sindrom bayi mati mengejut juga rendah dalam kalangan bayi yang diberikan susu ibu berbanding dengan bayi yang menyusu dengan susu formula. Perkara ini juga telah dibuktikan melalui kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat.

Disamping itu, penyusuan susu ibu juga dapat mencegah kerosakkan gigi dikalangan kanak-kanak yang menyusu dengan susu ibu.

Bayi pramatang yang diberikan susu ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit radang usu bayi (necrotizing enterocolitis – NEC), iaitu penyakit yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus.




Penyakit Radang Usus (NEC) sering menyerang bayi pra-matang.

3.2.1 Faedah untuk Ibu

  • ·         Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • ·         Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
  • ·         Mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
  • ·         Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • ·         Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga) 

3.3 Adakah Bayi Perlukan Air Tambahan?? 
Bayi tidak memerlukan air tambahan.



Menurut Kelly B., Pakar Perunding Penyusuan Antarabangsa, sekiranya bayi yang berumur di antara empat  minggu hingga lima minggu diberikan air, dikhuatiri bayi akan mendapat risiko-risiko seperti berikut:

3.3.1 Jaundis
Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit kuning sehingga menyebabkan jaundis menjadi bertambah teruk.

3.3.2 Oral Water Intoxication
Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlak, kandungan natrium  (garam) dalam darah bayi menjadi cair dan menyebabkan organ badan bayi tidak berfungsi dengan baik.

3.3.3 Kekurangan Kalori
Air memenuhi tubuh bayi tanpa sebarang kalori tambahan sehingga menyebabkan bayi akan kehilangan  berat badan atau berat badan tidak bertambah.

3.3.4 Mengurangkan Penghasilan Susu Ibu yang Optimum
Bayi yang diberikan air kurang berminat untuk menyusu. Sekiranya bayi tidak menyusu sekerap yang diperlukannya, susu ibu mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Masalah ini akan menghalangpenghasilan susu yang optimum.

3.3.5 Mengganggu Penyusuan Susu Ibu
Air  yang terlalu banyak boleh mengganggu penyusuan susu ibu kerana bayi akan kenyang dan tidak ingin menyusu lagi. Bayi perlukan nutrisi untuk membesar.

3.3.6 Terdedah Kepada Jangkitan Kuman
Bayi mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan cirit-birit. Masalah ini berlaku kerana bekalan atau sumber air boleh tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan tidak bersih.

Memandangkan risiko yang begitu banyak jika bayi diberikan air, maka para ibu dinasihatkan supaya menyusui bayinya tanpa memberikan sebarang jenis air dalam tempoh enam bulan pertama. Susu ibu sentiasa mampu memenuhi keperluan bayi pada bila-bila masa.





Thank You....


Rujukkan Sumber :
Hebatnya Susu Ibu | Rita Rahayu Omar
Perunding Laktasi
International Board Certified lactation Consultant (IBCLC)
CEO Nurturing Concepts Sdn Bhd

Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda
Naziarah Johar
Perunding Laktasi
Dr. Zaharah Sulaiman

Perunding Laktasi