Friday, 1 March 2013

KEPENTINGAN KALSIUM SERTA KESAN KEKURANGAN KALSIUM


JANGAN PANDANG REMEH DENGAN KEKURANGAN KALSIUM!!!
Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta gusi yang sihat. Ia juga amat penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat saraf. Kalsium merendahkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia diperlukan untuk pembentukan dan kontraksi otot bagi mengelakkan kekejangan otot.

Bukan itu saja, kalsium penting untuk pembekuan darah dan mencegah kanser. Ia menurunkan tekanan darah dan mengelakkan kehilangan jisim tulang. Kalsium membekalkan tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA dan DNA protein.

Kalsium juga terlibat dalam mengaktifan beberapa enzim, misalnya lipase yakni enzim pemecah lemak. Kalsium turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.

Kehamilan.
Malah kalsium juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia bagi ibu hamil. Ibu hamil yang mengalami darah tinggi boleh mengambil kalsium bagi menurunkan darah tinggi semasa hamil.
Antara tanda-tanda anda kekurangan kalsium ~>

Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa menyucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot/kram
  • Wheezing (pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:

  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan dan perubahan personaliti
  • Letih 
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakkan yang tidak terkawal
Jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung (cepat penat)
Kulit:
  • Rambut kasar
  • Kuku Rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
Lagi tanda-tanda kekurangan kalsium:
  • Sukar tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput/rapuh/ mudah alami sakit gigi
  • Paras kolesterol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
  • senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan.
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk diserap oleh badan.




Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Apakah Ostematrix?

Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2 lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat. Kenapa Ostematrix? Kerana badan kita bukan saja perlukan tulang yang kuat, tapi MATRIKS tulang yang kuat umpama sebuah bangunan yang berdiri teguh.


Kalsium sahaja akan membina tulang sahaja, jadi kita perlukan mineral2 seperti Boron tadi untuk membina 'simen' yang menyambung tulang2 kalsium tadi.


Info Tambahan

Asid amino Lysine diperlukan untuk penyerapan kalsium.

Atlit wanita, wanita menopos dan ibu menyusu memerlukan kalsium tambahan kerana tahap estrogen mereka adalah rendah. Estrogen menjaga sistem tulang rangka dengan 'menempatkan' kalsium dalam tulang. Bila estrogen menurun, kadar penempatan ini menjadi rendah.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Oxalic acid dalam beberapa sayuran mengganggu penyerapan kalsium.


Dapatkan OsteMatrix hari ni ... PROMOSI BULAN MAC 2013 
Buy 6 Free 1!!

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG INFO/ORDER:
SAL|call/sms:019-4008215
PM FB @nik salwani nik mahmud

KEKURANGAN DALAM DIRI ANDA YANG ANDA TIDAK SEDARI.. MENGANCAM DIRI ANDA SECARA SENYAP!!


Credit to Mommy Lyna & Oldtraffods

No comments:

Post a Comment