Badan kita terdiri daripada 60% cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75% air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita. Oleh sebab itulah kita perlu minum banyak air yang cukup. Persoalannya berapa banyak yang perlu diminum?
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral penting dalam keseimbangan tubuh. Antara fungsinya ialah:
- Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal susu badan pada tahap yang normal.
- Memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembab dan berfungsi dengan baik.
- Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
- Air adalah agen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
- Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
- Melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap oleh tubuh.
Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang perlu diminum:
Tanda-tanda Badan Terhidrat.
Air yang diminum keluar dari badan dari pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai air kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus.
Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunujukkan petanda seperti
- kepenatan
- kekringan di dalam mulut
- rasa sakit ketika kencing
- gejala sembelit
- sakit kepala
- pertambahan berat badan
- sakit otot
- ketidakstabilan emosi
- keletihan
Jika anda yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu 3 atau 5 gelas lebih dari biasa adalah disarankan.
No comments:
Post a Comment