Wednesday, 16 January 2013

AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM

Ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan. Dekatlah diri dengan Allah SWT menerusi amalan-amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan kepada-Nya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat semoga dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan. Terdapat amalan-amalan yang berlandaskan Islam yang BOLEH DIAMALKAN sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakmulkan oleh Allah SWT dan dikurniakan zuriat yang baik dan dan mendapat Rahmat daripada-Nya Insya-Allah.

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,
  • Baca Bismillah
  • Berselawat kepada NabiMuhammad SAW sebanyak tiga kali
  • Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah SWT akan apa yang dihajati. (Contohnya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hambaMu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan di akhirat)
  • Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  • Selain itu amalkan membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
  • Manakala isteri pula hendaklah pula membaca “ Ya Awaal” (Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri juga hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” (Wahai yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan) sebanyak 11 kali dan ditiup di dalam air tersebut dan diminum.
  • Amalan ini perlu dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukan hasil. Janganlah berputus asa kerana sesungguhnya  Allah SWT amat murkai orang yang mudah berputus asa. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada kedua Ibubapanya, InsyaAllah..
  • Amalkan juga doa-doa di bawah  selepas solat fardhu:
        Surah Ali Imran (Ayat 38)
Ya Tuhanku , berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar  Doa”.

      ISurah Al Furqan (Ayat 74)
Dan juga mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa dengan berkata “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari ister-isteri dan zuriat keturunankami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami Imam ikutan bagi orng-orng yang (mahu) bertakwa”.

    IISurah Al-Anbia (Ayat 89)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada tuhanNya dengan berkata: “wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik mewarisi.”

Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui bila saat yang paling sesuai untuk kita memiliki zuriat. Oleh itu janganlah mengeluh, hampa serta marah sekiranya masih belum mendapat zuriat walaupun kita puas berdoa.. takut nanti bila dikurniakan zuriat tidak menepati apa yang kita inginkan..
 
Dipetik dari Majalah PAMA Januari 2013.


No comments:

Post a Comment