Apakah asid folik?
Asid folik merupakan salah satu komponen kumpulan vitamin B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam , kekacang, beberapa jenis buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
- Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida (terencat akal). Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
- Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
- Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
- Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
- Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
- Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat
adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan
pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya
folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 kubis brussels;
- kacang black-eyed beans, 4 sudu
makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut
mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah
didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi
kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Credit to : BabyCenter
Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/asid-folik/#ixzz2CxZF3bpAVita-Lea Shaklee : 200 mcg
B-Complex Shaklee : 200 mcg
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk boleh hubungi saya melalui:
Call/sms : 019-4008215
E-mail : kidsofus.eshop@gmail.com
PM : http://www.facebook.com/niksalwani.nikmahmud
Page : http://www.facebook.com/MyFavouriteVitamin
Call/sms : 019-4008215
E-mail : kidsofus.eshop@gmail.com
PM : http://www.facebook.com/niksalwani.nikmahmud
Page : http://www.facebook.com/MyFavouriteVitamin
No comments:
Post a Comment